Friday, August 3, 2018

10 PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA WITH ADM

       10 PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA WITH ADM

1.GULI

Image result for guli

Guli ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kacatanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.
      
2.CONGKAK
Image result for CONGKAK




       







Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.


3.WAU


Image result for wau
Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.

4.GASING









Image result for GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.



Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .

5.BALING SELIPAR



Image result for baling selipar



Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.
Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

6.BATU SEREMBAN 
Image result for batu seremban
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

7.LAGA KEMUNCUP
Image result for laga kemuncup
Laga kemuncup ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Laga kemuncup ialah permainan tradisional yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berpasangan atau lebih.
Permainan Laga kemuncup cuma memerlukan rumput kemuncup yang berbuah. Permainan ini sering dimainkan di halaman rumah di mana terdapat banyak kemuncup untuk dimainkan.

8.SOROK-SOROK

Image result for sorok sorok




Sorok-sorok atau juga dikenali sebagai aci sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang turut dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang atau lebih pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.


9.LAGA BIJI GETAH

Image result for permainan laga biji getah

Laga biji getah merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional. Carabermainnya sangat mudah. Apabila musim getah berbuah cari biji getah dikawasan kebun getah dan lagakan mengunakan tangan. Biji getah mempunyai berbagai rupa bentuk ada yang lonjong , ada yang memanjang ada yang nipis dan ada yang tebal, Biji getah siapa yang pecah dia kalah.


10.SEPAK TAKRAW

Image result for sepak takraw


Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.
Related image                                                                                  SEKIAN,TERIMA KASIH 😊😊 
NAK TAHU LEBIH LANJUT
KLIK LINK DI SINI↓↓

https://youtu.be/fNRdlOzYzaU

10 PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA WITH ADM

        10 PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA WITH ADM 1.GULI Guli  ialah sejenis  bola  kecil yang biasanya diperbuat daripada  kaca ...